Kuih matahari
Kuih matahari

Kuih matahari

Kuih matahari (太阳饼, disebut Tai Yang Bing) ialah sejenis makanan snek yang masyhur di Taiwan, berasal dari bandar Taichung. Intinya lazim terdiri daripa maltosa (gula malta pekat), dan ia biasanya dijual dalam kotak hadiah khas sebagai cenderamata untuk para pengunjung.Sesetengah kedai pastri kuih matahari masyhur sentiasa mempunyai barisan orang menunggu yang panjang untuk membeli kuih matahari yang siap dikotak.Bentuk kuih matahari adalah bulat, dengan pelbagai saiz. Kuih ini dicirikan oleh kulitnya yang rangup. Banyak orang memakannya dengan teh Cina, dan sesetengah orang melarutkan kuih matahari dalam air panas untuk membuat suatu pencuci mulut seperti bubur.